Friday, 25 September 2015

ANALISIS KESALAHAN BAHASA DARI ASPEK MORFOLOGI ATAU SINTAKSIS

ANALISIS KESALAHAN BAHASA DARI ASPEK MORFOLOGI ATAU SINTAKSIS
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam anggota yang sama.
Untuk sintaksis pula, ia merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa.
Petikan yang dipilih untuk dianalisis kesalahan bahasa dari aspek morfologi dan sintaksis adalah “Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)”. Secara umumnya, terdapat beberapa jenis kesalahan bahasa dari aspek morfologi dan sintaksis yang terdapat dalam petikan ini. Antaranya seperti berikut :
a) Kesalahan Tanda Baca
Tanda baca adalah simbol yang tidak berhubungan dengan fonem atau kata dan frasa pada suatu bahasa.  Ia berperanan untuk menunjukkan struktur dan organisasi tulisan dan juga intonasi serta jeda yang dapat diamati sewaktu pembacaan. Dalam petikan ini, terdapat beberapa ayat yang tidak diletak tanda baca yang betul terutamanya tanda koma.
SALAH
BETUL
Dengar saja tentang GST perkara pertama yang akan terlintas di kepala kita…
Dengar saja tentang GST, perkara pertama yang akan terlintas di kepala kita …
Untuk pengetahuan kawan-kawan daripada jumlah penduduk (populasi) seramai 28 juta di Malaysia kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) seramai 11 juta di Malaysia…
Untuk pengetahuan kawan-kawan, daripada jumlah penduduk (populasi) seramai 28 juta di Malaysia, kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce), seramai 11 juta di Malaysia…
Oleh sebab itu kerajaan…
Oleh sebab itu, kerajaan…

b) Kesalahan Cara Penulisan Perkataan / Frasa / Kata Majmuk
Terdapat hukum-hukum yang menyatakan perkataan-perkataan, frasa-frasa dan kata majmuk tertentu yang harus ditulis secara terpisah atau secara bergabung. Dalam petikan ini, terdapat beberapa perkataan, frasa dan kata majmuk yang ditulis dengan cara yang salah.
SALAH
BETUL
Walaubagaimanapun
Walau bagaimanapun
maklumbalas
maklum balas (kata majmuk)
salahfaham
salah faham (kata majmuk)
jawatan kuasa
jawatankuasa (kata majmuk)
keatas
ke atas
dibawah
di bawah
dikalangan
di kalangan
diparlimen
di parlimen
disamping
di samping
disitu
di situ








c) Kesalahan Penggunaan Huruf Besar / Huruf Kecil
Dalam sistem bahasa Melayu, huruf boleh dibahagikan kepada huruf besar dan huruf kecil. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil ini harus diaplikasikan dengan tepat pada perkataan, frasa atau ayat agar perkataan, frasa atau ayat yang tepat dapat ditulis. Dalam petikan ini, terdapat beberapa perkataan, frasa dan ayat yang menyalahgunakan huruf-huruf ini.
SALAH
BETUL
…surat khabar, tv dan radio…
…surat khabar, TV dan radio…
…untuk SETIAP barangan…
…untuk setiap barangan…
WALAUBAGAIMANAPUN, kerajaan akan…
Walau bagaimanapun,  kerajaan akan…
…laman web Kastam DiRaja Malaysia…
…laman web Kastam Diraja Malaysia…
…naik harga TETAPI ada juga barangan…
…naik harga tetapi ada juga barangan…

d) Kesalahan Ejaan
Ejaan merupakan keseluruhan sistem dan peraturan penulisan bunyi bahasa untuk mencapai keseragaman sesuatu perkataan. Kesalahan ejaan akan menghasilkan perkataan yang tidak wujud dalam sistem bahasa Melayu atau menjejaskan maksudnya. Dalam petikan ini, terdapat beberapa perkataan yang salah dieja.
SALAH
BETUL
…maka ada penguranagan kadar cukai…
…maka ada pengurangan kadar cukai...
…menggantikan cukai perkhdimatan
…menggantikan cukai perkhidmatan


e) Kesalahan Imbuhan
Imbuhan dikenali sebagai unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Dalam petikan ini, terdapat beberapa perkataan yang salah diletak imbuhannya.
SALAH
BETUL
…pada mulanya dijadualkan untuk dilaksana pada tahun 2009…
…pada mulanya dijadualkan untuk dilaksanakan pada tahun 2009…
…meluaskan kadar kenaan cukai…
…meluaskan kadar pengenaan cukai…
…untuk dibelanja atau disimpan…
…untuk dibelanjakan atau disimpan…
Kita perlu perbetulkan pemahaman…
Kita perlu memperbetulkan pemahaman…
…yang berkuatkuasa pada…
…yang dikuatkuasakan pada…

f) Kesalahan Ayat
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Kesalahan susunan perkataan dalam ayat akan menyebabkan ayat yang terhasil tidak gramatis dan mengandungi maksud yang tidak tepat. Petikan ini mengandungi beberapa ayat yang kurang gramatis.
SALAH
BETUL
…termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat dibuat di Malaysia…
…termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat di Malaysia…
GST juga akan menutup kelemahan…
GST juga akan memperbaiki kelemahan…
…lari daripada cukai…
…kes pengelakan cukai…
…seramai 11 juta di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan adalah lebih kurang 25%.
…antara 11 juta rakyat di Malaysia, lebih kurang 25% rakyat yang membayar cukai pendapatan.
GST jika dilaksanakan seperti di negara lain contohnya Singapura, apabila GST dilaksanakan kadar cukai pendapatan akan dikurangkan secara berperingkat.
Jika GST dilaksanakan di negara lain seperti Singapura, kadar cukai pendapatan akan turut dikurangkan secara berperingkat.
Ini akan memberi kesan positif kepada pembayar cukai pendapatan di mana mereka akan ada lebih pendapatan boleh guna untuk dibelanja atau disimpan.
Ini akan memberi kesan positif kepada pembayar cukai pendapatan di mana pendapatan mereka akan dipertingkatkan untuk dibelanja atau disimpan. 
Harga KFC, tiket wayang, bil telco
Harga KFC, tiket wayang, bil telekomunikasi


Kesimpulannya, terdapat 6 jenis kesalahan bahasa utama yang didapati daripada petikan ini. Kesalahan bahasa ini harus diperbetulkan secara teliti dan tepat agar bahasa yang dihasilkan gramatis dan betul.

14 comments:

  1. Analisis kesalahan bahasa yang jelas dan lengkap. Banyak memberikan informasi kepada saya. Bagus!

    ReplyDelete
  2. Analisis yang jelas dan lengkap...

    ReplyDelete
  3. Hasil analisis yang jelas, tepat, dan senang difahami.
    Syabas!

    ReplyDelete
  4. Analisis yang sangat padat dan lengkap.Bagus~

    ReplyDelete
  5. Analisis yang jelas dan padat memudahkan pembaca untuk memahami isi-isi penting.

    ReplyDelete
  6. Analisis yang sistematik dengan penerangan. Penggunaan perkataan telco adalah dalam BI yang merujuk kepada "telecommunication company", boleh ditukar kepada syarikat telekomunikasi (Digi,Maxis)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas tunjuk ajar anda. Kesalahan akan dibetulkan.

      Delete
  7. Analisis yang jelas dan mudah difahami. Bagus!

    ReplyDelete
  8. Analisis yang mengandungi isi yang padat dan jelas. Syabas!

    ReplyDelete
  9. Harap ayat yang mengandungi kesalahan ejaan dapat ditulis keluar supaya dapat nampak lebih jelas apa sebab yang menyebabkan berlakunya kesalahan tersebut.Secara keseluruhannya,analisis anda memang baik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen anda. Cadangan penambahbaikan akan dibuat.

      Delete
  10. Isi kandungan dalam petikan menarik perhatian dan amat berguna. Analisis yang dilakukan jelas dan sistematik.
    Salah satu sub-tajuk "Kesan GST", boleh ditulis sebagai kesan pelaksanaan GST.

    ReplyDelete
  11. Dicadangkan penulis menjelaskan sebab pembetulan dilakukan.

    ReplyDelete
  12. Kebanyakan kesalahan tatabahasa boleh disenaraikan dalam bentuk jadual. Bentuk penyampaian hasil analisis yang senang difahami. Pembetulan tatabahasa amat menepati peraturan tatabahasa Bahasa Melayu.. Tahniah...

    ReplyDelete