ANALISIS KESALAHAN BAHASA DARI ASPEK
MORFOLOGI ATAU SINTAKSIS
Morfologi
ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.
Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit
tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada
bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam
anggota yang sama.
Untuk
sintaksis pula, ia merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur
dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses
pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk
ayat dalam bahasa.
Petikan
yang dipilih untuk dianalisis kesalahan bahasa dari aspek morfologi dan
sintaksis adalah “Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)”. Secara umumnya,
terdapat beberapa jenis kesalahan bahasa dari aspek morfologi dan sintaksis
yang terdapat dalam petikan ini. Antaranya seperti berikut :
a) Kesalahan Tanda
Baca
Tanda baca adalah simbol yang tidak
berhubungan dengan fonem atau kata dan frasa pada suatu bahasa. Ia berperanan untuk menunjukkan struktur dan
organisasi tulisan dan juga intonasi serta jeda yang dapat diamati sewaktu
pembacaan. Dalam petikan ini, terdapat beberapa ayat yang tidak diletak tanda
baca yang betul terutamanya tanda koma.
SALAH
|
BETUL
|
Dengar saja tentang GST perkara
pertama yang akan terlintas di kepala kita…
|
Dengar saja tentang GST, perkara pertama yang
akan terlintas di kepala kita …
|
Untuk pengetahuan kawan-kawan
daripada jumlah penduduk (populasi) seramai 28 juta di Malaysia kurang
daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga
buruh (workforce) seramai 11 juta di Malaysia…
|
Untuk pengetahuan kawan-kawan, daripada jumlah
penduduk (populasi) seramai 28 juta di Malaysia, kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan
manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce), seramai 11 juta di Malaysia…
|
Oleh sebab itu kerajaan…
|
Oleh sebab itu, kerajaan…
|
b) Kesalahan Cara
Penulisan Perkataan / Frasa / Kata Majmuk
Terdapat hukum-hukum yang menyatakan
perkataan-perkataan, frasa-frasa dan kata majmuk tertentu yang harus ditulis
secara terpisah atau secara bergabung. Dalam petikan ini, terdapat beberapa
perkataan, frasa dan kata majmuk yang ditulis dengan cara yang salah.
SALAH
|
BETUL
|
Walaubagaimanapun
|
Walau
bagaimanapun
|
maklumbalas
|
maklum
balas (kata majmuk)
|
salahfaham
|
salah
faham (kata majmuk)
|
jawatan
kuasa
|
jawatankuasa
(kata majmuk)
|
keatas
|
ke
atas
|
dibawah
|
di
bawah
|
dikalangan
|
di
kalangan
|
diparlimen
|
di
parlimen
|
disamping
|
di
samping
|
disitu
|
di
situ
|
c) Kesalahan Penggunaan Huruf Besar /
Huruf Kecil
Dalam sistem bahasa Melayu, huruf
boleh dibahagikan kepada huruf besar dan huruf kecil. Penggunaan huruf besar
dan huruf kecil ini harus diaplikasikan dengan tepat pada perkataan, frasa atau
ayat agar perkataan, frasa atau ayat yang tepat dapat ditulis. Dalam petikan
ini, terdapat beberapa perkataan, frasa dan ayat yang menyalahgunakan
huruf-huruf ini.
SALAH
|
BETUL
|
…surat
khabar, tv dan radio…
|
…surat
khabar, TV dan radio…
|
…untuk
SETIAP barangan…
|
…untuk
setiap barangan…
|
WALAUBAGAIMANAPUN,
kerajaan akan…
|
Walau
bagaimanapun, kerajaan akan…
|
…laman
web Kastam DiRaja Malaysia…
|
…laman
web Kastam Diraja Malaysia…
|
…naik
harga TETAPI ada juga barangan…
|
…naik
harga tetapi ada juga barangan…
|
d) Kesalahan Ejaan
Ejaan merupakan keseluruhan sistem dan
peraturan penulisan bunyi bahasa untuk mencapai keseragaman sesuatu perkataan.
Kesalahan ejaan akan menghasilkan perkataan yang tidak wujud dalam sistem
bahasa Melayu atau menjejaskan maksudnya. Dalam petikan ini, terdapat beberapa perkataan
yang salah dieja.
SALAH
|
BETUL
|
…maka
ada penguranagan kadar cukai…
|
…maka
ada pengurangan kadar cukai...
|
…menggantikan
cukai perkhdimatan…
|
…menggantikan
cukai perkhidmatan…
|
e) Kesalahan Imbuhan
Imbuhan dikenali sebagai unit-unit
bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan
makna nahunya. Dalam petikan ini, terdapat beberapa perkataan yang salah
diletak imbuhannya.
SALAH
|
BETUL
|
…pada
mulanya dijadualkan untuk dilaksana
pada tahun 2009…
|
…pada
mulanya dijadualkan untuk dilaksanakan
pada tahun 2009…
|
…meluaskan
kadar kenaan cukai…
|
…meluaskan
kadar pengenaan cukai…
|
…untuk
dibelanja atau disimpan…
|
…untuk
dibelanjakan atau disimpan…
|
Kita
perlu perbetulkan pemahaman…
|
Kita
perlu memperbetulkan pemahaman…
|
…yang
berkuatkuasa pada…
|
…yang
dikuatkuasakan pada…
|
f) Kesalahan Ayat
Ayat ialah unit pengucapan yang paling
tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
Kesalahan susunan perkataan dalam ayat akan menyebabkan ayat yang terhasil
tidak gramatis dan mengandungi maksud yang tidak tepat. Petikan ini mengandungi
beberapa ayat yang kurang gramatis.
SALAH
|
BETUL
|
…termasuk
barangan yang diimport mahupun yang dibuat
dibuat di Malaysia…
|
…termasuk
barangan yang diimport mahupun yang dibuat
di Malaysia…
|
GST
juga akan menutup kelemahan…
|
GST
juga akan memperbaiki kelemahan…
|
…lari
daripada cukai…
|
…kes
pengelakan cukai…
|
…seramai
11 juta di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan adalah lebih
kurang 25%.
|
…antara
11 juta rakyat di Malaysia, lebih kurang 25% rakyat yang membayar cukai
pendapatan.
|
GST
jika dilaksanakan seperti di negara lain contohnya Singapura, apabila GST
dilaksanakan kadar cukai pendapatan akan dikurangkan secara berperingkat.
|
Jika
GST dilaksanakan di negara lain seperti Singapura, kadar cukai pendapatan
akan turut dikurangkan secara berperingkat.
|
Ini
akan memberi kesan positif kepada pembayar cukai pendapatan di mana mereka
akan ada lebih pendapatan boleh guna untuk dibelanja atau disimpan.
|
Ini
akan memberi kesan positif kepada pembayar cukai pendapatan di mana
pendapatan mereka akan dipertingkatkan untuk dibelanja atau disimpan.
|
Harga
KFC, tiket wayang, bil telco…
|
Harga
KFC, tiket wayang, bil telekomunikasi…
|
Kesimpulannya,
terdapat 6 jenis kesalahan bahasa utama yang didapati daripada petikan ini.
Kesalahan bahasa ini harus diperbetulkan secara teliti dan tepat agar bahasa
yang dihasilkan gramatis dan betul.
Analisis kesalahan bahasa yang jelas dan lengkap. Banyak memberikan informasi kepada saya. Bagus!
ReplyDeleteAnalisis yang jelas dan lengkap...
ReplyDeleteHasil analisis yang jelas, tepat, dan senang difahami.
ReplyDeleteSyabas!
Analisis yang sangat padat dan lengkap.Bagus~
ReplyDeleteAnalisis yang jelas dan padat memudahkan pembaca untuk memahami isi-isi penting.
ReplyDeleteAnalisis yang sistematik dengan penerangan. Penggunaan perkataan telco adalah dalam BI yang merujuk kepada "telecommunication company", boleh ditukar kepada syarikat telekomunikasi (Digi,Maxis)
ReplyDeleteTerima kasih atas tunjuk ajar anda. Kesalahan akan dibetulkan.
DeleteAnalisis yang jelas dan mudah difahami. Bagus!
ReplyDeleteAnalisis yang mengandungi isi yang padat dan jelas. Syabas!
ReplyDeleteHarap ayat yang mengandungi kesalahan ejaan dapat ditulis keluar supaya dapat nampak lebih jelas apa sebab yang menyebabkan berlakunya kesalahan tersebut.Secara keseluruhannya,analisis anda memang baik!
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda. Cadangan penambahbaikan akan dibuat.
DeleteIsi kandungan dalam petikan menarik perhatian dan amat berguna. Analisis yang dilakukan jelas dan sistematik.
ReplyDeleteSalah satu sub-tajuk "Kesan GST", boleh ditulis sebagai kesan pelaksanaan GST.
Dicadangkan penulis menjelaskan sebab pembetulan dilakukan.
ReplyDeleteKebanyakan kesalahan tatabahasa boleh disenaraikan dalam bentuk jadual. Bentuk penyampaian hasil analisis yang senang difahami. Pembetulan tatabahasa amat menepati peraturan tatabahasa Bahasa Melayu.. Tahniah...
ReplyDelete