Friday, 25 September 2015

ANALISIS KESALAHAN BAHASA DARI ASPEK MORFOLOGI ATAU SINTAKSIS

ANALISIS KESALAHAN BAHASA DARI ASPEK MORFOLOGI ATAU SINTAKSIS
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam anggota yang sama.
Untuk sintaksis pula, ia merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa.
Petikan yang dipilih untuk dianalisis kesalahan bahasa dari aspek morfologi dan sintaksis adalah “Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)”. Secara umumnya, terdapat beberapa jenis kesalahan bahasa dari aspek morfologi dan sintaksis yang terdapat dalam petikan ini. Antaranya seperti berikut :
a) Kesalahan Tanda Baca
Tanda baca adalah simbol yang tidak berhubungan dengan fonem atau kata dan frasa pada suatu bahasa.  Ia berperanan untuk menunjukkan struktur dan organisasi tulisan dan juga intonasi serta jeda yang dapat diamati sewaktu pembacaan. Dalam petikan ini, terdapat beberapa ayat yang tidak diletak tanda baca yang betul terutamanya tanda koma.
SALAH
BETUL
Dengar saja tentang GST perkara pertama yang akan terlintas di kepala kita…
Dengar saja tentang GST, perkara pertama yang akan terlintas di kepala kita …
Untuk pengetahuan kawan-kawan daripada jumlah penduduk (populasi) seramai 28 juta di Malaysia kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) seramai 11 juta di Malaysia…
Untuk pengetahuan kawan-kawan, daripada jumlah penduduk (populasi) seramai 28 juta di Malaysia, kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce), seramai 11 juta di Malaysia…
Oleh sebab itu kerajaan…
Oleh sebab itu, kerajaan…

b) Kesalahan Cara Penulisan Perkataan / Frasa / Kata Majmuk
Terdapat hukum-hukum yang menyatakan perkataan-perkataan, frasa-frasa dan kata majmuk tertentu yang harus ditulis secara terpisah atau secara bergabung. Dalam petikan ini, terdapat beberapa perkataan, frasa dan kata majmuk yang ditulis dengan cara yang salah.
SALAH
BETUL
Walaubagaimanapun
Walau bagaimanapun
maklumbalas
maklum balas (kata majmuk)
salahfaham
salah faham (kata majmuk)
jawatan kuasa
jawatankuasa (kata majmuk)
keatas
ke atas
dibawah
di bawah
dikalangan
di kalangan
diparlimen
di parlimen
disamping
di samping
disitu
di situ








c) Kesalahan Penggunaan Huruf Besar / Huruf Kecil
Dalam sistem bahasa Melayu, huruf boleh dibahagikan kepada huruf besar dan huruf kecil. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil ini harus diaplikasikan dengan tepat pada perkataan, frasa atau ayat agar perkataan, frasa atau ayat yang tepat dapat ditulis. Dalam petikan ini, terdapat beberapa perkataan, frasa dan ayat yang menyalahgunakan huruf-huruf ini.
SALAH
BETUL
…surat khabar, tv dan radio…
…surat khabar, TV dan radio…
…untuk SETIAP barangan…
…untuk setiap barangan…
WALAUBAGAIMANAPUN, kerajaan akan…
Walau bagaimanapun,  kerajaan akan…
…laman web Kastam DiRaja Malaysia…
…laman web Kastam Diraja Malaysia…
…naik harga TETAPI ada juga barangan…
…naik harga tetapi ada juga barangan…

d) Kesalahan Ejaan
Ejaan merupakan keseluruhan sistem dan peraturan penulisan bunyi bahasa untuk mencapai keseragaman sesuatu perkataan. Kesalahan ejaan akan menghasilkan perkataan yang tidak wujud dalam sistem bahasa Melayu atau menjejaskan maksudnya. Dalam petikan ini, terdapat beberapa perkataan yang salah dieja.
SALAH
BETUL
…maka ada penguranagan kadar cukai…
…maka ada pengurangan kadar cukai...
…menggantikan cukai perkhdimatan
…menggantikan cukai perkhidmatan


e) Kesalahan Imbuhan
Imbuhan dikenali sebagai unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Dalam petikan ini, terdapat beberapa perkataan yang salah diletak imbuhannya.
SALAH
BETUL
…pada mulanya dijadualkan untuk dilaksana pada tahun 2009…
…pada mulanya dijadualkan untuk dilaksanakan pada tahun 2009…
…meluaskan kadar kenaan cukai…
…meluaskan kadar pengenaan cukai…
…untuk dibelanja atau disimpan…
…untuk dibelanjakan atau disimpan…
Kita perlu perbetulkan pemahaman…
Kita perlu memperbetulkan pemahaman…
…yang berkuatkuasa pada…
…yang dikuatkuasakan pada…

f) Kesalahan Ayat
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Kesalahan susunan perkataan dalam ayat akan menyebabkan ayat yang terhasil tidak gramatis dan mengandungi maksud yang tidak tepat. Petikan ini mengandungi beberapa ayat yang kurang gramatis.
SALAH
BETUL
…termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat dibuat di Malaysia…
…termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat di Malaysia…
GST juga akan menutup kelemahan…
GST juga akan memperbaiki kelemahan…
…lari daripada cukai…
…kes pengelakan cukai…
…seramai 11 juta di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan adalah lebih kurang 25%.
…antara 11 juta rakyat di Malaysia, lebih kurang 25% rakyat yang membayar cukai pendapatan.
GST jika dilaksanakan seperti di negara lain contohnya Singapura, apabila GST dilaksanakan kadar cukai pendapatan akan dikurangkan secara berperingkat.
Jika GST dilaksanakan di negara lain seperti Singapura, kadar cukai pendapatan akan turut dikurangkan secara berperingkat.
Ini akan memberi kesan positif kepada pembayar cukai pendapatan di mana mereka akan ada lebih pendapatan boleh guna untuk dibelanja atau disimpan.
Ini akan memberi kesan positif kepada pembayar cukai pendapatan di mana pendapatan mereka akan dipertingkatkan untuk dibelanja atau disimpan. 
Harga KFC, tiket wayang, bil telco
Harga KFC, tiket wayang, bil telekomunikasi


Kesimpulannya, terdapat 6 jenis kesalahan bahasa utama yang didapati daripada petikan ini. Kesalahan bahasa ini harus diperbetulkan secara teliti dan tepat agar bahasa yang dihasilkan gramatis dan betul.

CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Dengar saja tentang GST perkara pertama yang akan terlintas di kepala kita sudah pastilah tentang kenaikan harga barang disebabkan cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Memandangkan pada PRU13, BN kekal dipilih sebagai kerajaan, pelaksanaan GST mungkin akan terjadi dalam tempoh masa setahun atau dua tahun daripada sekarang. Walaubagaimanapun, sebagai rakyat yang matang, kita haruslah memahami sesuatu isu tersebut sebelum kita membangkang apa sahaja dasar yang dibawa oleh kerajaan.

Setelah menerima maklumbalas daripada laman media sosial Twitter dan FB, saya simpulkan bahawa ramai yang sebenarnya tidak faham tentang apa itu sebenarnya GST, bagaimana GST dilaksanakan dan juga kesan GST terhadap harga barang dan perkhidmatan. Saya tidak menyalahkan kawan-kawan semua kerana kerajaan juga tersilap langkah apabila penerangan tentang GST tidak dibuat secara menyeluruh malah peluang menerangkan GST melalui media perdana seperti surat khabar, tv dan radio disia-siakan oleh kerajaan apabila ia hanya digunakan untuk menghentam pembangkang, menabur fitnah dan terbaru membangkitkan semangat perkauman. Sebelum membaca artikel ini saya minta kawan-kawan tinggalkan politik partisan, buka mata dan hati supaya kita faham apa itu sebenarnya GST.

Cukai di Malaysia
Terdapat dua jenis cukai utama yang dikenakan kepada rakyat Malaysia yang pertama cukai pendapatan (income tax) dan yang kedua cukai penggunaan (consumption tax). Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan keatas segala pendapatan termasuk gaji, bonus, hadiah, komisen, dividen dan sebagainya. Manakala cukai penggunaan dikenakan keatas barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang kita gunakan. GST terletak dibawah kategori cukai penggunaan (consumption tax).

Apa itu GST dan SST?
GST adalah ‘Goods and Services Tax’ atau cukai barangan dan perkhidmatan. Selama ini, kita rakyat Malaysia membayar SST iaitu ‘Sales tax and Service tax’ atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan. SST kebiasaannya dikenakan ke atas bil telekomunikasi, internet, ASTRO, tiket wayang, tiket parking, barangan di supermarket, KFC, McD, Pizza pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax). Anda boleh merujuk bil atau resit setiap kali anda membuat bayaran bil telefon, ASTRO, selepas membeli belah di Tesco, Jusco, Giant dan sebagainya. Semuanya ada tertera jumlah dan peratusan SST yang dibayar.

GST yang dicadangkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2009 adalah pada kadar 4% yang menjadikannya lebih rendah daripada SST pada kadar 6%-10%. Jadi apa bezanya GST dan SST? Pelaksanaan GST merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada di Malaysia termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat dibuat di Malaysia. GST akan mengenakan cukai pada setiap lapisan peringkat bekalan barangan dan perkhidmatan contohnya dari pengilang (manufacturer), pemborong (wholesaler), peruncit/kedai (retailer) hinggalah kepada pengguna (end-customer). Cukai GST ini akan dikutip setiap kali transaksi berlaku dan penjual akan mengutip cukai daripada pembeli mengikut rantaian bekalan tadi. Walaubagaimanapun 4% itu adalah kadar tetap dan tiada cukai berganda (multiple taxes). SST pula kebiasaannya dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai berganda. Pelaksanaan SST juga tidak menyeluruh menjadikan ia tidak saksama.

Pelaksanaan GST
Idea melaksanakan GST ini mula dibincangkan pada tahun 2007 dan pada mulanya dijadualkan untuk dilaksana pada tahun 2009 kemudiannya ditangguhkan atas sebab pilihanraya dan juga sebab kurangnya pemahaman tentang GST dikalangan rakyat Malaysia. Kemudiannya, rang undang-undang GST dibaca diparlimen buat kali pertama pada tahun 2009 dan dijadualkan dibaca untuk kali kedua pada 2010 namun ia ditangguhkan juga atas sebab-sebab yang sama.

Pelaksanaan GST ditangguh
GST yang dicadangkan oleh kerajaan adalah pada kadar rata 4% untuk SETIAP barangan dan perkhidmatan. WALAUBAGAIMANAPUN, kerajaan akan mengecualikan GST ke atas barangan seperti makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam seperti tiket bas, komuter, LRT dan juga barangan seperti ubat-ubatan dan sebagainya. Dengan pengecualian ini, kesan kenaikan harga ke atas barangan dan perkhidmatan asas adalah minima (atau tiada). Perkara ini ada dinyatakan di laman web Kastam DiRaja Malaysia tentang GST.

Keperluan melaksanakan GST
GST perlu dilaksanakan untuk meluaskan kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia lalu menambah pendapatan kerajaan secara tidak langsung. GST juga akan menutup kelemahan pengurusan cukai SST seperti cukai berganda, lari daripada cukai (tax evasion) dan sebagainya. Untuk pengetahuan kawan-kawan daripada jumlah penduduk (populasi) seramai 28 juta di Malaysia kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) seramai 11 juta di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan (income tax) adalah lebih kurang 25%. Bermakna mereka yang membayar cukai pendapatan adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang menerima manfaat daripada kerajaan seperti BR1M, BB1M dan segala bentuk jenis subsidi yang lain. GST akan menjadikan setiap lapisan masyarakat sama ada miskin, sederhana atau kaya membayar cukai untuk menyumbang kepada pendapatan kerajaan.

GST tidak adil kepada orang miskin?
GST nampak tidak adil kepada mereka yang berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar cukai pada kadar yang sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi. Oleh sebab itu kerajaan disamping melaksanakan GST perlu memperkenalkan pakej atau program seperti bayaran tunai atau rebat kepada mereka yang berpendapatan rendah. Program sekarang seperti BR1M boleh dijadikan contoh tetapi pelaksanaannya perlulah teliti dan lebih sistematik agar bayaran tunai untuk menangani kos GST tidak tiris dan terdedah kepada penyelewengan (contohnya: orang yang tidak layak juga terima BR1M).
Konsep cukai penggunaan (consumption tax) seperti GST adalah semakin banyak apabila anda membeli barang atau menggunakan perkhidmatan, semakin banyak cukai yang dibayar. Bermakna anda boleh mengawal perbelanjaan anda secara berhemah dan berjimat. Mereka yang berpendapatan tinggi akan membayar cukai lebih tinggi apabila mereka berbelanja lebih berbanding mereka yang berpendapatan rendah hanya akan berbelanja mengikut kemampuan mereka. Program bantuan tunai daripada kerajaan akan mengurang kesan GST kepada mereka yang berpendapatan rendah.
  
Kesan GST
GST jika dilaksanakan seperti di negara lain contohnya Singapura, apabila GST dilaksanakan kadar cukai pendapatan (income tax) akan dikurangkan secara berperingkat. Ini akan memberi kesan positif kepada pembayar cukai pendapatan di mana mereka akan ada lebih pendapatan boleh guna (disposable income) untuk dibelanja atau disimpan. Walaubagaimanapun, kerajaan Malaysia masih belum bercadang untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan, mungkin ia akan dimaklumkan kemudian hari. GST juga secara tidak langsung akan menggalakkan rakyat menyimpan untuk pelaburan dan berbelanja secara berhemah dan jika perlu sahaja.
          
Mengenai kerisauan dikalangan kita bahawa GST akan meningkatkan harga barangan, memang ia tak dapat dinafikan yang ada sesetengah barangan akan naik harga TETAPI ada juga barangan yang akan turun harga setelah kadar GST 4% ini dilaksanakan kerana sebelum ini SST 6-10% dikenakan maka ada penguranagan kadar cukai disitu. Harga KFC, tiket wayang, bil telco akan berkurang sedikit manakala barangan yang tidak dikenakan cukai SST sebelum ini seperti barangan elektrik, komputer dan sebagainya akan meningkat sedikit. Kita perlu perbetulkan pemahaman dan salahfaham mengenai konsep GST sebelum menganggap ia semata-mata akan menaikkan harga barang.

Kerajaan juga akan membentuk jawatan kuasa yang memantau serta mengawal kadar kenaikan harga barang agar kenaikan harga barang tidak mendadak dan peniaga tidak akan mengutip untung berlebihan.

Salah faham kebelakangan ini
GST yang dimaksudkan diatas adalah ‘government service tax‘ pada kadar 6% dan bukannya Goods and Services Tax pada kadar 4% yang dicadangkan. Sepatutnya Tesco Extra menulisnya sebagai SST atau Service Tax dan bukannya GST untuk mengelakkan kekeliruan seperti diatas. GST 4% akan menggantikan cukai perkhdimatan 6% ini. Cukai perkhidmatan diatas sebelum 2011 adalah pada kadar 5% kemudiannya dinaikkan kepada 6% yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.


Rujuk: Info untuk umum – Cukai Perkhidmatan